Assalamualaikum semua!
Rasanya ini artikel terakhir saya tentang pengislaman saya :)
Jadi, saya memeluk Islam pada hujung tahun 2011. Tak taulah nak bagi ending best macam mana. Tak ada skil nak bagi ending macam kat novel, haha. :'D
Al-kisahnya, saya dapat masuk form 6. Sedikit kecewalah. Yela, result SPM saya gempak kot, 3A+, 5A, 1A-, 1B+ - ha! Gempak tak gempak? Opkoslah ada yang lagi gempak daripada ni. Ter-riak pula kan.. Hahahahaha. Jadi bila dapat form 6 tak dapat matriks ke JPA ke kan, kecewa weyh!. Yela, bayangkan yang MELAYU (amik ni amik kasi terasa, bagi MELAYU yang pemalas tapi still dpt macam-macam manfaat kerajaan bagi tu) yang dpt 5A, 4A tu blh masuk matriks, saya dpt form 6 jek. Okay fine, hamiklah hamik. Aku tak hingin.
Okay, okay, sebenarnya sekarang bersyukurlah rezeki dapat form 6, sebab dapat form 6 ni lah saya dapat masuk Islam, alhamdulillah :)
Jadi adalah banyak al-kisah disebaliknya yang akan membuka aib saya dan keluarga, jadi memang saya tak ceritalah kisah tu. Yang nak diceritakan ialah, saya dijodohkan mendapat seorang boyfriend, a.k.a saya panggil dia en. tunang sekarang wlaupun tadelah bertunang official, cuma kelihatan macam family saya dan family dia dapat accept kan dan ada planning nak kahwin :) MELAYU okay, MELAYU.
Dia dan family dia lah yang banyak sangat tolong daripada sebelum masuk Islam lagi sehinggalah bawa saya masuk Islam, dan sampai sekarang duduk dengan family dia. Family dia tanggung makan minum, perbelanjaan dan study saya. Ha! Baik tak baik :)
Tu lah ending dia simple je.
Jujur kata, selepas masuk Islam, rasa cam tenang sangat-sangat. Even that time mak saya tak boleh terima, dia kata saya bukan anak dia. Tapiiiii... Alhamdulillah berkat doa dan usaha nak bersatu balik tu, sekarang bahkan mak saya rajin nak belajar pasal Islam ni, cuma hidayah tu mungkin belum sampai lagi kat dia. Papepun, kita sama-sama dooakan agar dia juga menemui jalan yang benar ya :)
Al-kisahnya, saya nak cerita sikit pasal en. tunang saya ni, ramai yang tak tahu sebenarnya. Yalah, lihat kat dalam insta je, dengan imej saya yang "muslimah". Allahurabbi, saya ni biasa-biasa je, Allah yang tutup segala aib. Jadinya, bila saya up gambar dia adalah tu suara-suara sumbang.
Kami dah tinggal bersama (dengan family dia sekalilah dah macam anak angkat tau tak, bukan tinggal berdua ngan dia okay, hareemmm :'D saya masih tau batas) selama untuk 5 tahun dah sekarang weyhh. Segala baik buruk masing-masing dah kenal sangat. Memang dah macam pasangan dah kahwin, tapi tak kahwin lagi. Macam adik-beradik pun ada, tapi sebab masih ada batas yang perlu dijaga jadi nak kata rapat sangat pun tak. Macam orang berkapel biasa tulah. Hahaha.
Sebab tu saya sangat rapat dengan dia (baca dengan batas kami still jaga). Nak sweet sana sini, bergaduh sana sini, itu hak kami. Jadi, please hentikan segala apa suara sumbang anda yang dtg "menasihati" jangan kapel lah apelah, saya pandang sebelah mata je sebab kamu tak tau cerita kami. Cuma, kamu doakan yang terbaik untuk kami ya.
Bayangkan 5 tahun duduk bersama, tipulah kalau masih tersipu malu, nak pandang mata pun tak boleh. Dah macam adik beradiklah kami ni tau. Adik beradik yang boleh kahwin. Hahahahaha. Nilahh time nak fall in love dengan oppa (kalau tgk drama kan ada babak-babak jatuh cinta, last-last org tu adalah abg sendiri, pastu tak boleh kahwin, ha saya ni situasi lain, jatuh cinta dengan abg yang boleh dikahwini, gituhh)
Hahahaha.
Okaylah, sekian cerita harini. Sweet sangat nanti semua muntah rainbow payah pula kan. Adehh.
See you soon, bila saya ada cerita yang lebih menarik. :)
Dear Alina, I have been searching for you for sometime now. How are you?
ReplyDeleteWho is this?
DeleteDear Alina, I have been searching for you for sometime now. How are you?
ReplyDelete