Thursday, November 19, 2015

Saya dan Islam - Bagaimana akhirnya saya menemui Islam (3)

Sambungan part 3, harini kita buat double post, sebab nak habiskan cerita zaman sekolah menengah.

Tingkatan 4 dan 5 saya masuk MRSM. Masa tu batch saya Cina ada 5 orang, batch junior ada seorang je :'D (kalau senior dan Indian ramai lah juga).

Time kat MRSM nilahh dekat sangat dengan Islam. Banyak juga kisah. First time belajar baca al-Fatihah, first time puasa *tapi curi-curi makan sebab lapar sangat :'D*, first time pergi dengar tazkirah. Hahaha.




Ada satu hari tu, ada tazkirah daripada seorang mualaf cina. Dia cerita pengalaman dia saya tak ingat sangat. Dia cakap masa tu dia mimpi ke apa, lepastu kena kejar dengan lebah, di jerit Allahuakbar terus lebah tu patah balik, rasanyalah ini kisah dia saya tak ingat. Sebab sekarang dah tau banyak sangat kisah mualaf yang lain jadi dah mencampuradukkan cerita. Minta maaf ye kalau salah fakta yang diberi. Ceramah ni pun bagi impak juga kat kita untuk belajar Islam ni, macam, seorang yang anti-Islam boleh suka Islam, mesti memang agama yang betul. Macam tulah..

Ada dua kisah masa tingkatan 4 ni, buatkan saya masa tingkatan 5 saya dah tak belajar dah agama.

1. Kat MRSM ni ada satu budaya tadabbur Qur'an (tadabbur ea? yang mengaji ramai2 tu) sebelum tidur. Jadi saya masa ni, memang suka duduk sekali, saya amik tafsir, mereka baca bahasa Arab, saya baca bahasa Melayu, bukanlah saaya baca kuat-kuat, saya baca dalam hati je sebab nak tau apa yang mereka bacakan tu saya nak fahamkan. Surah yang selalu baca al-Waqiah, al-Mulk, Surah Yassin,al-Kahfi pun ada kot tak ingat, surah As-Sajdah, surah Ar-Rahman, hurmm, ada lagi tak? saya pun tak ingat. Saya ingat yang ni je. Saya tau surah apa mereka baca sebab kan ada tajuk setiap kali baca tu. Hahaha. Time ni lahh saaya jatuh cinta dengan surah ar-rahman.. Sebab dia ada ayat yang berulang-ulang.. senang nak hafal.. jadi nak tau apa maksud ayat dia saya bacalah tafsir. Nikmat Tuhan kamu yang manakah hendak kamu dustakan? Masa tu rasa nak nangis je, memang betul kena tepat pada hidung sendiri. Sebab masa tu macam ada rasa dendam kat mak lagi sebab tak bagi kita belajar Islam apa semua kan, banyaklah benda, tapi bila ditanya macam tu memang buat kita terfikir, kita nak berdendam dengan orang lain, tapi selama ni tak cukup lagi ke apa yang kita dapat selama ni? seminggu sekali mak datang melawat, bawa makanan favourite, dapat belajar Islam di asrama, jadi nikmat yang mana kita nak dustakan?

Lepastu, adalah satu malam tu, macam biasa saya ikut baca Qur'an sekali, duduk pegang tafsir macam biasa di pintu bilik sekali dengan kawan-kawan lain. Dah baca-baca, ada akk senior meronda cek siapa yang tidur, sebab dia tak bagi, non-Muslim pun kena duduk tak blh tidur bagi menghormati bacaan Qur'an. Dia nampak saya pegang tafsir tu dia suruh letak balik. Kawan saya bagitau dia, ini tafsir je bukan Qur'an, dia kata pun tak blh pegang. Masa tu, Tuhan je tau saya rasa apa, rasa malu pun ada, geram pun ada, nak nangis pun ada. Saya sejenis cepat sangat terasa malu walaupun dengan benda kecil macam dia suruh letak balik Qur'an  (bagi kita gaya dia macam eii, haramlah pegang benda tu, gi letak balik cepat, walaupun sebenarnya dia cakap lembut je pun, tapi terasa seolah-olah dimalukan), saya letak tarik selimut tidur (tatau betul ke tak, hahaha, tak ingat apa jadi lepas tu, ingat sampai dia suruh letak balik je tafsir tu)

2. Kisah kedua, saya masa tu belajar pasal kena tutup aurat, pasal tudung, handsock, stokin. Hahaha, punya excited belajar benda baru, kita pun pakailah handsock and stokin, tudung masih tak berani lagi pakai nanti takut sampai ke pengetahuan mak saya. Tapi, ada jugalah orang tak senang tengok. Okay, macam ni, time tu rapat dengan akk ketua dorm masaa tu, akk tu banyak sgt ajar saya pasl islam, kalau jumpa dia mesti dia cerita pasal islam, kalau time solat, dia tak boleh solat, duduk dengan dia, dia ajarkan cara nak jawab azan, dia ajarkan doa selepas azan, dia juga yang ajarkan pasal aurat pada kita. Bestlah dpt duduk dengan orang yang mcm ni, yang selalu mengajarkan kita sesuatu yang baru, yang tak lekang ilmu agama bila duduk dengan dia.  Tataulah kenapa, ada satu malam tu, semua org tgh solat, tinggal yang tak blh solat dan non-muslim duduk di dewan makan. saya pun kena panggil, senior cina. Diorg ceritalah macam-macam, awak nak masuk islam ke, tak payahlah masuk islam, akk dulu pun pernah nak masuk islam, nnti dah masuk islam awk tak blh buat ini buat itu, islam tu ini itu.. ni drp senior cina, saya dah menjurai2 dah air mata masa tu.. Okay saya sabar, sebab mereka cina mereka tak faham.. Yang buat saya betul-betul give up, senior MELAYU Islam sendiri (saja saya nak tekankan perkataan melayu, tak semua org melayu macam ni tapi saya nak korg sedar je, kadang kadang korglah yang banyak buat saya give up dengan islam bukan org cina atau india, no racism intended, korg islam weii, sedarlah diri sikit yang diri tu islam tapi perangai tak mencerminkan islam, maaf cik kak terkasar). Maka senior Melayu tu pun datanglah, dia cakap apa, dia suruh saya buka handsock and stokin tu, tak payah nak tunjuk sangat diri tu belajar islam, nanti dah habis belajar baru gi belajar islam kat luar, senior yg ajar kamu islam tu perangai dia pun tak betul, gedik semacam (saya tau kisah silam akk ketua dorm tu, dulu dia biasa-biasa je, tudung pendek, perangai gila-gila, tapi dia dapat hidayah dan berubah menjadi seorang muslimah yang bagi saya cukup perfect, jadi buatpe nak ungkit balik kisah silam tu, dan dengan berkat rezeki Allah, dia mendapat straight A dan sambung pengajian di India course medic :) bagi kita bila seseorang dah berubah tak perlu nak ungkit balik zaman kegelapannya, tak perlu lagi buka aib dia). Sampai camtu sekali. so, saya give up islam, saya bergaul dengan cina je, saya dah jarang bergaul dengan melayu, saya ikut cina gi tokong, ikut india gi kuil, balik saya pergi sembah berhala.

Inilah kisah masa sekolah menengah. Kita sambung lagi di masa lain ye :)

Minta maaflah siapa-siapa yang terasa tu. Bila saya dah masuk Islam saya nampak kesalahan korg dalam berdakwah. Kalau di mulut sentiasa keluar perkataan bodoh, babi, sial, etc. etc.. Masa mati ingat senang nak keluar ke perkataan la ila ha ilallah?

Memang, semua orang tak sempurna, tapi kamu sedar tak kamu tu Islam, dan kamu kena berperangai macam apa yang Rasulullah anjurkan? Sedar tak perangai kamu tak mencerminkan Islam?
Lagi tambah politik apa semua langsung tak mencerminkan Islam tapi bawa nama Islam. Rasa nak ludah kat muka korg dan cakap jangan kaitkan dengan Islam, tapi Islam tak ajar saya macam tu, Islam ajar saya kena bersabar dan tegur secara hikmah dan lembut.

Jangan guna alasan manusia tak sempurna untuk membolehkan korg berterusan berperangai macam bukan Islam. Sebab tulah, orang bukan Islam takut dengan Islam, mempersendakan Islam, mempermainkan Islam. Sebab perangai Islam tu sendiri.

Kalau dulu zaman Rasulullah, orang tgk sikap Nabi kita je dah jatuh cinta pada Islam, tapi zaman sekarang dah tak blh tgk sikap orang ISlam, kena belajar mendalam agama ni baru dpt jatuh cinta dengan agama ni.

Sekian, maafkan saya panjang bebelan.

3 comments: