Assalamualaikum. Maaf lama menyepi. T.T Sibuk sangat dengan tugasan, projek, ujian apa semua tu sampai tak ada masa nak duduk menghadap laptop menaip bait-bait kisah hidup saya.
Jadi harini kita buat sambungan cerita. Kalau saya nak tulis panjang-panjang nanti kamu semua konfemlah tak akan membaca :'D Jadi kita just tulis pendek-pendek je. Kalau saya rajin, saya tulislah dua tiga kisah harini ye. :'D
Jadi, pada post lepas saya cerita tentang sekolah rendah kan? mJadi ni saya cerita tentang sekolah menengah. Ni pun saya kena bahagi dualah gayanya, panjang sangat.
Masuk tingkatan 1, masa tu saya ada seorang best friend, Melayu. Masa tu kami kelas lain-lain, dan kelas tu pula dah bahagikan kokurikulum masing-masing, tak boleh pilih T.T
Kalau nak pilih boleh pilih seni mempertahankan diri sahaja. Jadi sebab nak bersama masa kokurikulum, kami pun pergilah daftar silat. Hahaha. Memang jadi tumpuanlah diri ini sebab satu-satunya non-Malay (sebut non-Malay sebab lain semua org Melayu) yang amik silat. Hidup saya memang ditakdirkan menjadi tumpuanlah kot (di sekolah sahaja, lepas habis sekolah tu dah tak ada dah).
Bukan nak gatal, tapi... ramai senior hensem kat dlm silat ni *mata love love* hahaha. Okay, jadi masa tu saya pun sukalah kat seorang senior ni. Nak kata cinta tak kot, sebab saya ni memang banyak crush.. zaman budak-budaklah katakan, semua benda nak dicrushkan.. So, kami pula memang ada berhubung, sms, jumpa kat library (library uolls :'D).. Lepas tu mak saya tau, jadi dia pun hantarlah saya balik Ipoh T.T.
**Mak ayah saya cerai, mak saya kahwin lain dan duduk di johor, ayah saya masih single dan duduk di Perak**
Memang dah tak hubungi senior tu dah. Yelah, fon pun dah kena rampas. Masa kat Ipoh setahun adalah zaman kegelapan. Dia umpama seekor anjing yang kena kurung, tiba-tiba dapat kebebasan, macam tulahh. Kalau dulu ramai kawan Melayu, sekarang ramai kawan Cina pula. Dengan Islam jauh terpisah sudah. Sebab tu zaman ni zaman kegelapan. Bila kita berpisah dengan sesuatu kebaikan, kajahatan akan menyelubungi, jadi masa ni pun banyak keluar lepak, ponteng sekolah, terlibat dengan gang, minum minuman keras, etc. etc. etc. Tak perlulah nak cerita detail lagi.
Jadinya mak saya pun dapat tau dan dia bawalah saya balik duduk dengan dia bila dia lihat saya duduk jauh makin teruk perangai. Tujuan dia nak saya belajar berdikari, last-last hampeh. Jadi duduk di Perak, setahun je.
Masa tingkatan tiga, ada juga datang hidayah sikit-sikit.
**Tingkatan 1 di Johor, Tingkatan 2 di Perak, Tingkatan 3 balik Johor**
Saya ingat-ingat lupa, tapi yang saya ingat masa tu kawan saya ni dia ajar saya amik wuduk dan solat. Tapi dia ajar pergerakkan sahaja, tak ajar sebutan. Dia hadiahkan saya sejadah, telekung dan al-Quran. Sejadah dan telekung tu ada lagi sampai sekarang. AL-Quran tu mak saya dah bagi jiran saya kalau tak silap, tapi massa dia jumpa memang dia bengang dia suruh saya bagi balik kawan saya kalau tak dia buang. Saya simpan lagi, tapi lama-lama dah tak jumpa dah, tatau dah ke mana. T.T
InshaaAllah, Allah pelihara al-Quran tu, inshaaAllah..
Rasa sudah cukup panjang untuk post ni, kita sambung di post seterusnya :)
No comments:
Post a Comment