Saya ni bukanlah asal Islam. Lahir dari keluar Cina India. Ayah Cina mak India. Agama? Saya tak ada agama pun. Sebabnya mak ayah saya bukan jenis yang tegar menyembah. Mereka sembah apa sahaja yang dapat buatkan hati mereka tenang. Gitulah. Tapi, bagi mengelakkan orang daripada bertanya banyak, saya akan bagitau diri saya adalah Kristian.
Walaupun mak ayah saya bukan jenis yang kuat agama, tapi satu benda pasal mereka adalah, mereka tak kisah anak mereka nak masuk agama apa sekalipun, tapi TAK BOLEH MASUK ISLAM. Ha, pelikkan?
Saya pula memang bersekolah di sekolah kebangsaan sejak tahun 1 lagi. Tadika, tadika cina selama 2 tahun, Lepas dari tu, bermula sekolah rendah saya dok sekolah Melayu. Sebab tu, BM saya bagus, hahaha. Ramai orang ingat saya ni Melayu, yelah, muka pun muka Melayu, cakap pun cakap Melayu. Kalau tanya kat rumah cakap bahasa apa, mostly bahasa Cina Kantonis. Mak saya sekolah cina dulu, sebab tu communicate dgn ayah dlm bahasa cina.
Masa sekolah rendah tulah bermulanya perjalanan saya menemui Islam. Yelah, kat sekolah bukannya campur dengan orang cina pun, cina kat sekolah dulu 4 org je termasuk diri saya dan adik saya yang separuh cina ni! :'D
Jadi kawan semua Melayu. Tapi tak pernah pula tanya Islam tu apa.
Jadi satu hari ni, adalah datang seorang tu, dia tanya, Alina nak masuk Islam tak? Ha amik tu, direct gila dia tanya. Dia pada masa tu, biasalah budak-budak, dia kata Islam tu agama benar, Islam tu akan bawa kita masuk syurga, dia cerita pasal syurga neraka semua.
Dah tu saya jadi tertarik nak tau pasal Islam ni.
Ada satu kejadian yang kelakar ni. Budak tu gi bawa saya masuk tandas suruh mengucap. Lepastu kena marah dengan kawan dia yang seorang lagi kata tak boleh sebut nama Allah dalam tandas.
Hahahaha.
Lepastu saya pun skip kelas moral, saya ikut mereka pergi kelas Pendidikan Islam. Sampai camtu sekali saya nak belajar. Dah tu sah-sah lah cikgu tau, sebab cina dalam kelas tu 2 orang je. Cikgu Moral padaa masa tu pula guru kelas kita orang. Ha, memang dia bagitau kat mak sayalah masa amik report kad. Tapi, result saya okay je kat sekolah, kalau tak no 1, dpt no 2, ha camtulah (bangga sat). Mak saya apa lagi, bengang lah, dia tak tunjuk depan cikgu. Tapi lepas amik, dia terus cubit telinga. berdarah beb, sebab cubit pakai kuku. T.T
Lepastu mati dah niat nak tau pasal Islam...
Orite orite, kita saambung lagi di waktu lain ya. Stay tuned :)
Sambung cerita lagi pliss
ReplyDelete