Friday, November 27, 2015

Saya dan Islam - Bagaimana akhirnya saya menemui Islam (4)

Assalamualaikum semua!
Rasanya ini artikel terakhir saya tentang pengislaman saya :)

Jadi, saya memeluk Islam pada hujung tahun 2011. Tak taulah nak bagi ending best macam mana. Tak ada skil nak bagi ending macam kat novel, haha. :'D


Thursday, November 19, 2015

Saya dan Islam - Bagaimana akhirnya saya menemui Islam (3)

Sambungan part 3, harini kita buat double post, sebab nak habiskan cerita zaman sekolah menengah.

Tingkatan 4 dan 5 saya masuk MRSM. Masa tu batch saya Cina ada 5 orang, batch junior ada seorang je :'D (kalau senior dan Indian ramai lah juga).

Time kat MRSM nilahh dekat sangat dengan Islam. Banyak juga kisah. First time belajar baca al-Fatihah, first time puasa *tapi curi-curi makan sebab lapar sangat :'D*, first time pergi dengar tazkirah. Hahaha.


Saya dan Islam - Bagaimana akhirnya saya menemui Islam (2)

Assalamualaikum. Maaf lama menyepi. T.T Sibuk sangat dengan tugasan, projek, ujian apa semua tu sampai tak ada masa nak duduk menghadap laptop menaip bait-bait kisah hidup saya.

Jadi harini kita buat sambungan cerita. Kalau saya nak tulis panjang-panjang nanti kamu semua konfemlah tak akan membaca :'D Jadi kita just tulis pendek-pendek je. Kalau saya rajin, saya tulislah dua tiga kisah harini ye. :'D

Jadi, pada post lepas saya cerita tentang sekolah rendah kan? mJadi ni saya cerita tentang sekolah menengah. Ni pun saya kena bahagi dualah gayanya, panjang sangat.

Saturday, October 10, 2015

Saya dan Islam - Bagaimana akhirnya saya menemui Islam (1)

Saya ni bukanlah asal Islam. Lahir dari keluar Cina India. Ayah Cina mak India. Agama? Saya tak ada agama pun. Sebabnya mak ayah saya bukan jenis yang tegar menyembah. Mereka sembah apa sahaja yang dapat buatkan hati mereka tenang. Gitulah. Tapi, bagi mengelakkan orang daripada bertanya banyak, saya akan bagitau diri saya adalah Kristian.